Tuesday, November 11, 2014

Seminar On Best Practices In Emergency Management for Designated Building

Dua minggu lepas Dr Mariah membuat tawaran kepada kami untuk menyertai seminar anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama IMDEMM (Institute of Masters In Disaster & Emergency Management Malaysia) dan UPM. Jadi, saya tidak mahu melepaskan peluang ini lalu  memvolunteerkan diri untuk menjadi sekretariat. (Ganjarannya adalah yuran seminar percuma). Siapa yang tidak mahu?


Hari yang dinanti telah tiba. Saya dan rakan-rakan seperjuangan menghadiri seminar di atas. Banyak pengetahuan dan informasi diperolehi sepanjang seminar ini antaranya mengenai pengurusan kebakaran serta keselamatan sebelum, semasa dan selepas kejadian kebakaran. Intipati yang paling diingati dalam topik seminar yang disampaikan oleh Datuk Soh Chai Hock, mantan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah 'Crisis is a threats but its exploit the opportunities'. Saya seringkali menganggap insiden atau krisis merupakan beban yang tertanggung dan sukar untuk mengatasinya walaupun semua prosidur dan pelan kontigensi telah tersedia. Simbolik P-A-I-R Disaster Management System yang diperkenalkan oleh Datuk Soh pada ahli bomba dan penyelamat harus diaplikasikan pada semua peringkat samada pengguna fasiliti mahupun penyelenggara. P-A-I-R mewakili, Pre Incident Phase, Actual Incident Phase, Incident Management Phase dan Return to Normalcy Phase.

Satu lagi pengalaman dan pengetahuan baru yang bermanfaat!